Saturday, 2 February 2013

perkahwinan - nafkah atau perkongsian

assalamualaikum .

sebelum saya mula apa-apa , saya nak cakap yang saya tak ada pengalaman dalam berumahtangga . tapi bila ada hamba Allah bercakapkan soal yang satu ni , saya rasa terpanggil untuk buat sedikit study . walau bagaimanapun , ini hanya kajian saya , *seorang pelajar yang bakal berumur 21 tahun dan belum berkahwin . sebarang kemusykilan sila berhubung dengan pihak yang lebih arif .

kenyataan :

" tak suka lelaki yang meminta-minta belanja , kalau sebelum kahwin pun berani meminta-minta belanja itu dan ini , inikan pulak kalau dah berkahwin . kalau dah kahwin suami yang wajib bagi nafkah , belanja isteri . "

dari kenyataan nih macam-macam boleh kita tafsir . saya cuma nak highlight "kalau dah kahwin suami yang wajib bagi nafkah , belanja isteri " .

ok , first of all apa itu nafkah zahir ?? nafkah zahir = keperluan asas yang WAJIB bagi suami untuk sediakan . keperluan asas : tempat tinggal , makan , pakai , perbelanjaan pendidikan , perbelanjaan kesihatan . keperluan seperti kereta , perabut rumah yang lain dan kemewahan lain adalah tidak wajib .

bukankah dalam berumahtangga harus ada toleransi . kalau kita bercakap dari konteks keluarga yang sederhana si isteri kena lah faham kondisi suami . jika si isteri diizinkan bekerja bermaksud dengan harapan pendapatan isteri boleh mengurangkan masalah kewangan rumahtangga . suami pula harus faham , bila si isteri sudah bekerja jangan di ambil kesempatan . sebab harta isteri sepenuhnya milik isteri . toleransi bermaksud jika suami tidak mampu isteri boleh lah membantu . bukan orang lain, suami sendiri *tempat letak syurga isteri . bersedekah lah selagi mampu , banyak ganjaran di situ . tapi jangan sampai suami naik lemak *anda tentu faham .  bagi si suami, jika isteri membuat permintaan yang mampu ditunaikan , tunaikan lah . untuk insan tercinta jugak kan :D

Dalam kitab Maratib al-Ijma’ ada ditegaskan;

“Para ulamak telah sepakat menegaskan bahawa tidak halal suami bersedekah dari harta milik isterinya melainkan dengan izin isterinya”


perlu diingatkan wang saku tidak wajib diberi oleh si suami . wang saku ? wang selepas semua wang keperluan asas dilaburkan dan dicukupkan buat si isteri . perlu dibezakan antara keperluan dan untuk kesenangan :D saya cakap macam senang kan . memang la , sebab saya belum berpengalaman . tapi semua yang berlaku , kita boleh ambik pengajaran . sebab tu , sebelum kahwin ilmu agama dan ilmu berumahtangga itu penting . *kursus kahwin mesti ada ajar semua tu kan .

p/s : semua penulisan di atas hanya pandangan saya yang sesungguhnya masih jahil dan sedang mencari-cari . seberang kemusykilan sila bertanya pada yang arif dan kita boleh bincangkan di sini . semua kenyataan ni sedikit sebanyak saya kumpul dari tiga rujukan selain bertanya pada yang berpengalaman .

sumber :

sini !
sini juga !
dan sini !


wallahualam ~

1 comment:

  1. rajin wat reseach ye..hehe..yg penting jangan amik kesempatan je lah kan~ :)

    ReplyDelete