Saturday, 11 May 2013

apa side income as a student ?

wauuuu ! dah berapa lama aku meninggalkan blog ni . kata i love blogging . tapi jarang update . guane tuu . hahah . as long as i allocate my precious time to compose this entry . hikhik *kelasss kau, bajet menteri tak ada masa . ohh, entry ni bukan pasal tips nak dapat side income tau ! siapa yang ingat macam tu anda boleh pangkah keluar . hehe . eh, tapi jangan la, stay tuned dulu k . hahaha .

ok, lets review apa yang dah berlaku lately . hurmm . duit memang penting kan ? sangat penting . walaupun aku boleh dikategorikan sebagai mata duitan, tapi aku yakin yang lain-lain pun macam tu jugak *i guess . masalahnya sekarang ni, kenapa aku tak boleh hidup tanpa duit . kenapa kalau aku ada krisis wang, aku jadi tak betul , stress . *aku ke tu ? aku la . haha . persoalannya , kenapa ?? kiuu he ?? tiap-tiap hari aku fikir kenapa dengan aku nih .

orang cakap, duit bukan segala-galanya . bahagia tu lebih penting . tapi, bahagia datang dari mana ? aku rasa dunia sekarang patut letak quote " wang bukan segalanya, tapi anda perlukan wang untuk bahagia " or at least " wang bukan segala-galanya, tapi segala-galanya memerlukan wang" . bahagia dalam konteks senang . senang means tak payah nak stress fikir mana nak dapat duit nak bayar itu dan ini . kalau dah banyak duit pulak, senang la nak belanja family, belanja kawan-kawan, sedekah sikit . *niat tu yang penting .

so, macam mana nak menjana income ? student kan . sempat ke ? hari-hari aku fikir persoalan tu . hasil daripada aku berfikir maka , keluar la mentol atas kepala . Ambik kira pandangan ustazah aku dekat matrik . Allah dah bagi masa 24 jam . dalam masa 24 jam macam-macam kita boleh buat . nak atau tak . pandai atau tak kita dalam mengurus masa . aku jugak ambik kira pandangan member-member yang kaki busy nih . kalau kita sendiri yang tak allocate masa, satu benda apa pun kita tak berjaya buat . aku masih lagi nak kutip motivasi, tak kisah la dari mana sumber sekalipun, even dari makcik cleaner unimas pun bolehh .

dan aku masih lagi berfikir apa pekerjaan aku untuk dapatkan side income . aku taknak side income yang kena cari orang bawah dia tu . maksud aku , aku taknak pekerjaan yang cari orang, then duduk diam tunggu duit . itu bukan aku . aku nak pekerjaan yang aku sendiri tahu dari mana sumber dia . faham tak ? faham tak ?

p/s : dah la lama tak update blog, sekali update cakap pasal duit . apa daaa . haha

No comments:

Post a Comment