Saturday, 18 May 2013

rambut sihat !

ohoii . sejak dua menjak ni cuaca begitu tak menentu . kalau kat kota samarahan ni , lately pagi sampai tengah hari punya lah panas , mai petang tiba-tiba hujan . aku tak tahu lah benda ni ada efek ke tak dengan tahap kesihatan rambut aku . hahah . sebab lately , aku perasan yang rambut aku kering semacam and bertambah keguguran :O + o.O *ini reaksi aku . btw, aku bertudung , alhamdulillah . haha *apa motif bagitahu ? mungkin faktor suhu kepanasan yang sedikit sebanyak memberi impak (bombastik tau !) kat rambut aku . mungkin jugak faktor pemakanan yang kurang dijaga . hahah .

ikut hati aku, nak je pergi salon tau . tapi tak boleh , jimat duit *dah hujung sem T_T . aku rasa nak buat self-treatment je kat rumah . tapi , malas . arghh ! walaubagaimanapun, aku teringat dulu pun aku ada masalah ni . aku amal cara ni and berkesan lah . alhamdulillah . and now, jadi lagi . tunggu aku balik semenanjung lah , baru aku kasi treat rambut aku ni . aku share je ok .

aku curi limau nipis dalam peti ais kat rumah . ada dua cara aku buat . tapi dua-dua ni bagi kesan kat aku . hoyeahh !

first : ambik je limau pastu belah dua, aku lumur je kat rambut *ok, fine . semua orang dah tahu -.-'' . buat-buat la tak tahu . aku nak story ni . pastu aku tunggu lah dalam 15 minit . then, aku bilas air yang sederhana sejuk . aku tak measure la pulak berapa suhu dia . tapi perumpamaan dia macam kau ambik 1/3 air panas and 2/3 air sejuk . macam tu la lebih kurang . dan basuh bersih-bersih . sebab nanti akan lekat sari-sari limau tu . yang tu aku tension setiap kali basuh rambut -.-'' * kuantiti limau tu bergantung kat rambut korang la panjang mana . aku tak boleh nak fix kan untuk korang . haha

second : kalau rajin lagi , aku curi lagi sekali limau nipis dalam peti ais sampai mama complaint kenapa limau cepat habis -.-'' . lepas tu perah air limau dalam bekas + air sejuk yang ada ais (kuantiti agak-agak cukup untuk curah rambut anda-anda la ), terus je kau curah dekat kepala . biar agak-agak setengah jam . then , bilas je lah macam biasa . *ni style aku yang memang takde ciri-ciri nak ikut peraturan dengan betul . hentam saja lah .

aku amal cara ni , tak sampai seminggu je . tapi aku puas hati la dengan rambut aku . hahaha . bau limau je wehh . rasa la lembut , ringan kepala , kurang gugur * aku memang kurang masalah gugur rambut pun time tu -.-'' . tu je lah kot . im not specialist in giving any tips , but i just love sharing benda yang bagus untuk di share . bye !

No comments:

Post a Comment