Sunday 8 April 2012

# abah #

assalamulaikum :)

before that sorry because this entry will make u guys feel like arrgghh ! this is a part of my diary . so, it would be my pleasure to write or express anything rite ?

so, kalau anda kata sy seorang yang cengeng , yes i am .
kalau anda kata sy seorang yang manja , yes i am .
kalau anda kata sy bergantung kepada orang lain , yes i am .
kalau anda kata sy selalu mengada - ada , yes i am .
kalau anda kata sy tak fikir orang lain , yes i am .
kalau anda kata sy ............................................... yes i am .

exactly ! i am a part of what u said . tapi , selagi nama nya manusia , kita adalah sama . we are diffred by our own plot , the way we are destined . selagi namanya manusia seriously anda tak akan faham sepenuhnya perasaan orang yang mengalami . anda hanya boleh berdoa . tapi yang memikul masih orang yang sama . jadi, jangan banyak komen .

kehilangan membuatkan kita sedar apa yang kita tak sedar . kehilangan membuatkan kita kembali padaNYA .kehilangan membuatkan kita matang . kehilangan membuatkan kita berdikari . kehilangan membuatkan kita berfikir . kehilangan membuatkan kita tabah . kehilangan membuatkan kita sujud lama . kehilangan membuatkan kita duduk di atas tikar sejadah . kehilangan membuatkan kita kurang ketawa . kehilangan membuatkan kita sentiasa menghargai . kehilangan membuatkan kita positif . kehilangan membuatkan kita sedar bahawa ia adalah ilmu , anugerah , ujian , guru dan segalagala yang kita tak sangka .

" abah ada kualiti hidup . akak tahu . sebab akak sentiasa ada dengan abah . akak tahu ape yang berlaku dalam keluarga kita . akak rasa bertuah sebab abah cari akak untuk cerita masalah2 abah . tapi , akak cuma terkilan abah sempat dengan anak-anak abah yang lain . tapi abah tak sempat jumpa anak abah yg satu ni . Allah bg hadiah akak last minute . Allah bg masa 2 minit untuk akak tengok abah dan cium abah . takpe , syukur . Allah maha adil . Allah tahu dan Allah kira amalan abah . abah selalu zikir , solat sunat , dan abah dah berjaya didik anak-anak abah . see , angah imamkan solat jenazah , acik bacakan talkin , abang uruskan hal rumah . terima kasih abah for educating ur children well . untuk mengenal dosa pahala . syurga neraka . terima kasih abah . sekarang masa untuk anak-anak abah berbakti pulak . kami anak-anak abah insyaAllah takkan lupakan dan selalu mendoakan kesejahteraan abah dekat sana . al-fatihah . "

Friday 6 April 2012

# Allahyarham abah (25.5.1951 - 3.4.2012) #

< Assalamualaikum >

bismillahirrahmanirrahim . 3.4.2012 . tepat pukul 5.15 pagi Allahyarham abah menghembus nafas terakhir . apa yang berlaku semua ada hikmah . malam tu orang tidur sangat awal . hari selasa . 3.4.2012 . pukul 6.48 pagi . tergerak hati nak mandi awal . selalunya kelas pukul 8 pun orang mandi pukul 7. 15 . tapi pagi tu . tak tahu kenapa . terasa nak mandi awal . habis mandi tibatiba tangan ni gatal nak tengok henfon .

ade dua misscall satu mesej . tengok misscall dulu . RUMAH . then tengok mesej . "ABAH XDE " . <--- mesej ni x jelas . abah xde ? abah pegi mana ? dalam hati memang tak sedap . then call balik . dushh !!

" helo , kak. abah dah xde "
"huh ???? "
" abah dah xde . diorang bawak abah balik dr hospital , akak nak balik ke ?"
terdiammm .
" akak balik x ?"
"huh ? nanti akak uruskan kat sini . akak balik jugak "

tak tahu nak buat ape . mujur ada roommate yg tenangkan orang . seriously tak tahu nak buat apa . pukul 8.15 pagi jumpa felo . felo bawak pegi airport . flight pukul 9 setengah . sampai airport dah pukul 9 . so , air asia tak terima dah sebarang book . try MAS . it costs me RM 1014 . takpe, felo bantu kawan2 bantu . pukul 10.40 pagi naik flight ke KL . dari KL pukul 1.55 flight ke penang . ada lagi halangan . flight delay 10 minit . aduhhh . dalam otak just fikir biar sempat tengok Allahyarham . ya Allah . tolong . lambatkan masa . cepatkan flight ni . tolong ya Allah . sampai penang pukul 3 . jalan pulak penuh kereta . mujur tak sesak . sekali lagi ya Allah . tolong lambatkan masa .

" akak kat mane dah ? "
" atas jambatan "

ya Allah , biar sempat sampai .

" ada kat mana dah ?"
" nak masuk taman dah . jap "
" ok , cepat sikit . "

pukul 3 setengah sampai depan rumah . terus masuk . terus cium Allahyarham dan ........................... . ini je yang Allah bagi . still bersyukur dapat tengok . terima kasih Allah . rindu abah . huhuhu . AL-FATIHAH .